Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkukuh perpaduan sosial, respons masyarakat untuk lawan pengganasan: MHA

Jul 25, 2023 | 05:30 AM



Perpaduan sosial akan diperdalam dan respons masyarakat akan diperkukuh, antara usaha Singapura menentang pengganasan melalui usaha SGSecure.

SGSecure bertujuan menyedarkan, melatih dan mengerahkan masyarakat untuk memainkan peranan dalam mencegah dan menangani serangan pengganasan.

Susulan kepada Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2023 yang dikeluarkan pada Isnin, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata ia telah bekerja rapat dengan pelbagai agensi untuk mendekati masyarakat melalui program-program bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap ancaman pengganasan.

Ini termasuk 11 jerayawara atau pameran bergerak yang dijalankan antara Julai dengan Disember 2022 yang menyediakan orang awam dengan peluang mempelajari kemahiran persediaan kecemasan serta melibatkan diri dalam simulasi serangan pengganas.

Selain itu, lebih 550,000 isi rumah juga telah didekati melalui lawatan ke rumah untuk mengajar orang awam cara menyelamatkan diri dan orang di sekeliling seandainya berlaku serangan pengganas.

Semua pelajar sekolah menengah dan maktab rendah di sini juga telah menghadiri ceramah atau pameran berkenaan pengganasan.

Menurut MHA, Kementerian Pendidikan (MOE) juga telah menjalankan Bengkel Menentang Radikalisasi yang dikendalikan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) bagi duta pelajar maktab rendah dan kumpulan Program Penglibatan Masyarakat Sekolah Menengah.

Taklimat memerangi pengganasan juga telah dijalankan bagi lebih 200 pertubuhan agama.

Lebih 20,000 peserta menyertai pelbagai aktiviti silang agama yang bertujuan memupuk pemahaman lebih baik terhadap agama dan budaya yang berbeza, serta meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang ekstremisme.

“Pengganas mahu menanamkan ketakutan dengan taktik ganas mereka.

“Untuk menggagalkan pengganas daripada mencapai matlamat mereka, kita mesti menjadi masyarakat berdaya tahan yang bersatu padu dan pantang menyerah dalam menentang pengganasan,” kata MHA.

Salah satu cara masyarakat boleh mengukuhkan tindak balas terhadap pengganasan adalah melalui Rangkaian SGSecure Responders, tambah kementerian tersebut.

Sejak penubuhannya pada 2019, lebih 140,000 orang telah mendaftar sebagai SGSecure Responders.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >