Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Perlu ada dua hingga tiga asatizah berpotensi jadi Mufti'

Jan 08, 2017 | 05:30 AM



PERLU ada sekurang-kurangnya dua hingga tiga calon asatizah yang berpotensi menyandang jawatan Mufti pada masa depan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



"Satu hari nanti, Mufti sekarang juga perlu bersara. Saya perlu memastikan ada sekurang-kurangnya dua hingga tiga calon Mufti yang boleh mengambil alih," ujarnya semasa ditanya tentang pembaharuan kepimpinan dalam masyarakat.



Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah sudah ada calon, mahupun siapa gerangannya.



Sebagai Menteri yang memantau ehwal masyarakat Islam, Dr Yaacob berkata beliau perlu sentiasa memberi tumpuan pada proses pembaharuan kepimpinan dalam badan seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan Mahkamah Syariah.



Ini termasuk jawatan seperti Ketua Eksekutif di Muis dan Yayasan Mendaki, pendaftar di ROMM dan Mahkamah Syariah, termasuk jawatan Mufti juga.



Mufti sekarang, Dr Mohamed Fatris Bakaram, berusia 40 tahun apabila menyandang jawatan itu pada 2011.



Beliau menggantikan Mufti Syed Isa Semait - mufti Singapura selama hampir 40 tahun - yang bersara pada usia 72 tahun.



Dr Mohamed Fatris, yang mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang dan kemudian ke Madrasah Aljunied, adalah lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin.



Beliau juga memiliki sarjana dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Kedoktoran Falsafah Pengajian Islam daripada Universiti Birmingham, United Kingdom.



Beliau memulakan kerjayanya di Madrasah Aljunied sebagai guru dalam 1993 sebelum menyertai Muis pada 1994 sebagai pegawai eksekutif.



Pada 1 Januari lalu, Yayasan Mendaki menyaksikan pembaharuan kepimpinan.



Mantan pengarah di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Cik Rahayu Buang, 45 tahun, menggantikan Cik Tuminah Sapawi, 56 tahun, yang sebelum ini menerajui Mendaki sejak 2013.



Cik Rahayu adalah CEO Mendaki wanita kelima berturut-turut dan antara yang paling muda dilantik menerajui Mendaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >