Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu bayar 5 sen bagi beg plastik di kebanyakan pasar raya mulai 3 Julai

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



PEMBELI di sini tidak lama lagi perlu membayar lebih untuk menggunakan beg plastik, dengan kebanyakan pasar raya bakal mengenakan bayaran sekurang-kurangnya 5 sen bagi setiap beg mulai 3 Julai.



Langkah itu, yang merupakan sebahagian usaha mengurangkan penggunaan barang pakai buang di Singapura, seiring dengan usaha meningkatkan amalan kitar semula di Singapura.



Sekitar 400 pasar raya utama - atau dua pertiga daripada semua cawangan di sini - akan mengenakan bayaran bagi beg beli-belah pakai buang. Mereka termasuk pasar raya NTUC FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime.



Beg membawa barang pakai buang jenis bahan lain juga akan dikenakan bayaran.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, mengumumkan tarikh permulaan bayaran beg pakai buang itu di Parlimen pada Khamis.



Ini walaupun harga beg pakai buang kali pertama diumumkan pada 2022.



Berucap semasa perbahasan Belanjawan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Dr Khor berkata:



"Berikutan rundingan bersama pengendali pasar raya, kami memahami bahawa majoriti akan mengenakan bayaran 5 sen bagi setiap beg, dan ini akan mengurangkan potensi kesan pada pengguna. Kita boleh mengelak dikenakan bayaran dengan membawa beg guna semula kita sendiri."



Skim serupa di Hong Kong, Taiwan dan United Kingdom itu telah mendorong penurunan penggunaan beg plastik sebanyak 60 peratus hingga 90 peratus, kata Dr Khor.



Pihak berkuasa akan memantau keberkesanan caj beg di pasar raya mulai Julai dan menilai keperluan untuk memperluaskan liputan mandatori ke kedai lain pada masa hadapan, tambahnya.



Dr Khor juga mengumumkan bahawa setiap rumah akan dapat mengambil kotak kitar semula mereka daripada mesin layan diri akhir bulan ini.



Usaha itu bertujuan memudahkan keluarga mengitar semula dan juga melakukannya dengan betul.



Dinamakan Bloobox, kotak boleh dilipat itu boleh memuatkan sehingga 5 kilogram kertas, plastik, logam atau kaca yang boleh dikitar semula, atau sisa elektronik (e-sisa).



Setiap bekas dilengkapi dengan pembahagi yang boleh ditanggal untuk mengasingkan barangan e-sisa kecil seperti bateri dan bal lampu daripada barang kitar semula yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >