Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu jaga-jaga campur tangan asing dalam sistem kehakiman jenayah: Faishal

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pertubuhan hak asasi manusia bukan pemerintah (NGO) Malaysia cuba masuk campur dalam sistem kehakiman jenayah Singapura, dan Singapura perlu berjaga-jaga terhadap campur tangan asing sedemikian, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau menonjolkan Lawyers for Liberty (LFL) kerana cuba mengerahkan pandangan awam dengan menggunakan dakwaan tidak berasas untuk membesar-besarkan isu perkauman bagi melemahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Singapura terhadap sistem kehakiman jenayah.



Dr Faishal berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Encik Murali Pillai (Bukit Batok) di Parlimen semalam, mengenai permohonan 17 banduan yang sedang menantikan hukuman mati atas kesalahan dadah dan apa boleh dilakukan untuk menangani campur tangan asing mengenai isu sensitif.



Dalam permohonan kepada Mahkamah Tinggi pada 13 Ogos tahun lalu, para banduan itu mendakwa Peguam Negara telah mendiskriminasikan mendakwa banduan itu berdasarkan etnik mereka sebagai kaum Melayu.



Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka dan mendapati dakwaan plaintif tiada asas. Tiada rayuan dikemukakan terhadap penolakan permohonan itu.



Dr Faishal berkata pada hari permohonan difailkan, peguam bela plaintif memberi kredit, dalam satu pos di media sosial, kepada seorang "Peguam bela Inggeris" kerana membantunya berkaitan permohonan itu.



"Peguam bela Inggeris" itu difahamkan ada kaitan dengan sebuah NGO berpangkalan di London.



Sebelum kes itu didengar di mahkamah, butiran afidavit plaintif diterbitkan dalam sebuah portal berita dalam talian Malaysia sebelum ia dikemukakan sebagai bukti di mahkamah - satu pelanggaran Arahan Amalan Mahkamah Agung.



Dr Faishal berkata telah didedahkan juga bahawa peguam bela plaintif, antara lain, memberikan afidavit itu kepada sekumpulan peguam asing daripada LFL.



Afidavit itu membuat dakwaan palsu tetapi bersifat sensasi yang direka untuk menarik perhatian, kata Dr Faishal.



"Keseluruhan siri ini yang termasuk membentangkan dakwaan palsu mengenai afidavit dan kemudian membocorkannya ke luar negara, dilihat sebagai usaha untuk melemahkan kepercayaan awam terhadap sistem kehakiman jenayah, membangkitkan perasan dalam masyarakat berbilang kaum kita dengan menggunakan warga asing," ujar beliau.



Dr Faishal turut mengulangi kenyataan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, bahawa hukuman mati kekal relevan dan penting dalam sistem kehakiman jenayah bagi mencegah jenayah serius selain memastikan warga Singapura dan Singapura selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >