Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu kaji potensi risiko keselamatan dari penggunaan teknologi hijau: Panel

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



SEDANG Singapura beralih ke ekonomi lebih hijau, terdapat keperluan untuk mengkaji, mengenal pasti dan menangani secara awal potensi risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) yang boleh timbul dengan penggunaan teknologi baru.



Ini antara lapan saranan utama yang dikemukakan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) mengenai usaha memperkukuh keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam.



Contohnya, tugas memasang panel suria mendedahkan lebih ramai pekerja kepada risiko kerja di tempat tinggi, manakala tugas membaiki dan menyenggara kenderaan elektrik dan hibrid menimbulkan risiko bahaya tidak dikenali seperti renjatan elektrik, kebakaran dan letupan.



Maklumat risiko sedemikian harus dikongsi bersama industri untuk mengelakkan kejadian dan kemalangan.



Saranan lain yang dikemukakan panel itu termasuk menekankan tanggungjawab pihak pengurusan atasan bagi WSH, membangunkan tempat kerja di mana pekerja rasa selamat untuk menyuarakan keprihatinan berhubung WSH, dan menggalakkan amalan dan reka bentuk keselamatan di tempat kerja yang mesra usia.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang mengumumkan pemerintah menerima saranan tersebut dalam satu taklimat media semalam, berkata pemerintah akan menyokong syarikat dalam memperkukuh WSH dengan membangunkan sumber atau alat yang boleh digunakan.



"Kami telah melakukannya baru-baru ini melalui Kod Amalan Diluluskan bagi Ketua Eksekutif dan Pengarah Syarikat, dan akan meneliti lebih banyak cara untuk membimbing pihak pengurusan atasan dalam memupuk keselamatan di tempat kerja.



"Juga, seperti disarankan IAP, kami akan menyaring dan memudahkan garis panduan dan bahan-bahan berkaitan keselamatan sedia ada menjadi kandungan saiz pendek, untuk melengkapi syarikat kecil dan sederhana (SME) dengan pengetahuan mengenai WSH," kata beliau.



Encik Zaqy turut menekankan bahawa bagi WSH diamalkan dalam setiap lapisan, pengawasan mesti diperluaskan kepada semua, termasuk kontraktor dalam seluruh rantaian bekalan.



Justeru, Pasukan Bertindak Keselamatan di Tempat Kerja Berbilang Agensi (MAST) dibentuk untuk meneliti keperluan khusus setiap sektor demi mempertingkat piawaian keselamatan yang perlu dipenuhi kontraktor utama dan subkontraktor sebelum mereka dianugerahkan kontrak.



Encik Zaqy menambah bahawa terdapat keperluan mendesak untuk memacu penggunaan teknologi WSH dalam industri.



"Kami akan mengkaji cara mempertingkat penggunaan dalam pelbagai sektor, contohnya, melalui mandat, atau syarat kontrak melalui Entiti Pemerolehan Pemerintah, dan akan memberi maklumat terkini dalam masa terdekat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >