MASYARAKAT Singapura perlu berkerjasama untuk membangunkan Singapura yang mesra warga emas, kata Speaker Parlimen Cik Halimah Yacob semalam dalam ucapannya sempena ceramah anjuran Persatuan Muhammadiyah dengan gabungan Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) semalam di The Grassroots Club.
Pakar Penjagaan Warga Emas dari Australia, Cik Nuryakin Mohd Ali, telah diundang memberikan ceramah bertajuk Menatang Syurga di Kakimu: Cabaran dan Kaedah Berkesan bagi Penjagaan Warga Emas oleh Ahli Keluarga.