WARGA Singapura yang ingin memohon visa memasuki Arab Saudi, termasuk bagi tujuan menunaikan haji dan umrah, kini perlu pergi ke sebuah pusat khidmat visa baru untuk cap jari dan mengambil gambar mereka.
Sebelum ini, pemohon visa haji dan umrah tidak perlu melakukan demikian kerana permohonan visa dibuat oleh ejen penjualan (GSA) pakej haji bagi pihak mereka melalui ejen yang dilantik kedutaan Arab Saudi di sini.