ADA orang Melayu berpendapatan rendah membeli pelan perlindungan bersepadu (IP) sebagai insurans tambahan kepada MediShield bagi mendapat rawatan di wad kelas lebih tinggi atau di hospital privet.
Ini menimbulkan keprihatinan Setiausaha Parlimen (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang khuatir tentang perbelanjaan tambahan yang perlu ditanggung mereka.