DENGAN pelaksanaan Model Gaji Progresif (PWM) bagi sektor keselamatan bakal bermula pada 1 September ini, pengguna khidmat dan pembekal perkhidmatan memerlukan perubahan minda supaya dapat memastikan kehidupan dan pekerjaan pengawal keselamatan dapat dipertingkat, kata Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari, semalam.
Dalam satu pos yang dimuat naik dalam blog gerakan buruh 'Labour Beat', Encik Zainal turut berkata kini masanya bagi pengguna khidmat dan pembekal perkhidmatan bekerjasama dan meneroka kemungkinan baru.