Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu strategi lebih besar tangani penyakit kronik: Ye Kung

Apr 11, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS pandemik Covid-19 berlalu, terdapat keperluan menangani pandemik yang lebih mencabar iaitu pandemik penyakit kronik jangka panjang, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



"Selepas pandemik Covid-19 berlalu, kita perlu menangani pandemik yang jauh lebih mencabar iaitu pandemik penyakit kronik jangka panjang dan kencing manis adalah salah satu yang utama.



"Kita perlu fikirkan strategi lebih besar... kita perlu menggerakkan lebih 2,000 doktor perubatan umum (GP) dan penyedia penjagaan utama untuk menjadi sebahagian penjagaan berkesan," kata Encik Ong.



Beliau berkata, sekitar pertengahan tahun depan, penduduk berusia 40 tahun ke atas mungkin digalak mendaftar bagi program nasional 'SG Lebih Sihat' di mana GP yang ditemui dapat menasihati mereka tentang penjagaan kesihatan yang sesuai termasuk vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan.



Encik Ong berkata demikian di acara pembukaan rasmi pusat dialisis baru Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) semalam.



Pusat dialisis itu dibangunkan dengan sokongan derma $2 juta daripada Yayasan Keppel Care dan merupakan yang pertama di Singapura disepadukan dalam kawasan hospital, iaitu di Hospital Masyarakat Yishun (YCH) dan bersebelahan dengan Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).



Ia juga merupakan pusat NKF pertama menawarkan penjagaan dialisis bersepadu sepenuhnya bagi kedua-dua pesakit hemodialisis (HD) dan pesakit dialisis peritoneal (PD).



Bagi dialisis HD, darah dipam keluar dari badan ke mesin buah pinggang tiruan, dan dikembalikan ke badan melalui tiub yang menghubungkan pesakit ke mesin. Dalam dialisis PD, cecair khas dimasukkan ke dalam perut untuk mengeluarkan benda asing daripada urat di sekitar peritoneum, yang kemudiannya dikeluarkan daripada tubuh.



Pusat itu mempunyai kawasan khas yang boleh merawat sehingga 30 pesakit PD sebulan.



"Lokasi bersama dan perkongsian strategik ini membolehkan pemindahan pesakit tepat pada masanya dan lancar dari satu persekitaran ke persekitaran yang lain untuk memudahkan akses kepada penjagaan dan perkhidmatan.



"Pesakit akan mendapat manfaat daripada kesinambungan penjagaan yang lancar melalui rangkaian pasukan penjagaan kesihatan, aliran maklumat dan pelan penjagaan rawatan yang bersambung," kata NKF dalam kenyataannya semalam.



Lebih 100 pesakit telah meraih manfaat daripada perkhidmatan klinik itu sejak ia bermula beroperasi pada Disember 2020.



"Memang membimbangkan bahawa diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti, yang menjadi punca utama penyakit buah pinggang kronik dan kegagalan buah pinggang, semakin meningkat.



"Terdapat keperluan mendesak untuk menangani perkara ini dan kami perlu melakukan lebih banyak lagi merentasi keseluruhan spektrum - daripada pencegahan kepada rawatan dan pengurusan penyakit buah pinggang kronik,'' kata pengerusi NKF, Encik Arthur Lang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >