USIA penghuni yang memasuki Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) kini semakin muda dengan sekitar 27 peratus penghuninya berusia 12 tahun ke bawah tahun ini, berbanding 10 peratus empat tahun lalu dan 5 peratus pada 2004.
Demikian menurut anggota jawatankuasa pengurusan RKM, Dr Sharifah Mariam Aljunied, di sidang mengenai usaha campur tangan bagi belia Melayu/Islam yang mempunyai keperluan ‘amat tinggi’ di Hab Islam Singapura semalam.
Dr Sharifah Mariam turut mendedahkan, RKM kini mempunyai 87 penghuni - jumlah tertinggi sejak 2006. 48 daripada mereka baru dimasukkan ke RKM tahun ini.