Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan bagi Skim Perumahan Permulaan Baru dibuka

Dec 01, 2016 | 03:04 PM



PERMOHONAN bagi skim perumahan yang membantu keluarga sewa awam yang pernah memiliki flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mampu membelinya semula sedang dibuka.



Ini diumum Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan HDB dalam satu kenyataan pada Khamis (1 Dis).



Diumum buat kali pertama dalam Rapat Hari Kebangsaan 2015, Skim Perumahan Permulaan Baru itu ialah bagi keluarga penyewa flat awam yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur bawah 16 tahun.



Ia akan membantu mereka membeli flat baru daripada HDB.



Dalam satu post blog mengumumkan permohonan telah dibuka, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata: "Sesetengah keluarga sewa awam kali kedua bersedia dan berharap memiliki rumah lagi - mereka mempunyai pekerjaan stabil, menguruskan kewangan mereka dengan baik, dan mempunyai sekitaran rumah stabil.



"Bagaimanapun, mereka mungkin mendapati mencabar untuk membeli flat, atau bimbang mengenai membuat komitmen kewangan besar."



Skim itu membantu dengan membolehkan mereka membeli flat dua bilik Flexi di bawah tempoh pajakan lebih pendek - yang lebih murah daripada flat dengan tempoh pajakan biasa 99 tahun - dan memberi mereka satu lagi pinjaman kadar konsesi HDB dan Geran Perumahan Permulaan Baru hingga $35,000.



Skim itu disediakan dengan beberapa syarat.



Keluarga berminat perlu memohon dan diletak di bawah skim tersebut sebelum mereka memohon flat dua bilik di bawah Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Jualan Baki Flat.



Mereka boleh memohon skim itu secara dalam talian di laman web HDB atau dengan pergi sendiri ke cawangan HDB atau Hab HDB di Toa Payoh.



Selepas diletak di bawah skim itu, mereka boleh memohon flat baru dalam tempoh setahun.



Encik Wong juga telah melantik Jawatankuasa Penasihat Permulaan Baru untuk menyokong usaha jangkauan dan menyediakan panduan bagi pelaksanaan skim tersebut.



Jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang menjadi Menteri Negara bagi Pembangunan Negara semasa skim tersebut dimulakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >