Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan tiket NDP tahun ini ditutup pada Ahad

NDP
May 19, 2016 | 12:05 PM



PERMOHONAN bagi tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini ditutup pada Ahad (22 Mei) ini.



Warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang ingin memohon tiket bagi Previu 1 pada 23 Julai, Previu 2 pada 30 Julai, atau NDP pada 9 Ogos boleh berbuat demikian melalui:



- aplikasi teks SMS,



- laman web rasmi NDP 2016,



- stesen SAM, dan



- stesen AXS



Untuk memohon melalui SMS, butiran hendaklah dihantar kepada 8240-0050 dalam format berikut: (No KP) JARAK (Jumlah tiket) JARAK (NDP/Preview 1/Preview 2) JARAK (SG/PR) JARAK (NAMA).



Tiket diberi dalam jumlah dua, empat atau enam, dengan peluang lebih tinggi bagi mereka yang memohon jumlah lebih sikit, kata penganjur dalam satu peringatan yang dikeluarkan pada Khamis (19 Mei).



Mereka yang menerima tiket bagi NDP tahun lalu tidak layak bagi tahun ini. Keputusan undi muktamad dan tiada rayuan akan dilayan.



Pemohon berjaya akan dimaklumkan dari 2 hingga 8 Jun melalui nombor telefon yang mereka beri dalam permohonan mereka.



Tiket boleh diambil dari 10 hingga 19 Jun antara 10 pagi dan 9 malam setiap hari di Kallang Wave Mall Atrium.



Setiap tiket sah bagi seorang penonton dewasa, kanak-kanak atau bayi sahaja.



Semua tiket bukan untuk dijual.



Bagi sembarang pertanyaan atau maklum balas mengenai tiket NDP 2016, orang ramai boleh menghubungi 1800-NDP-2016 (1800-637-2016) atau layari laman web rasmi NDP 2016 di www.ndp.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >