Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perogol dikenakan hukuman jel tambahan sebagai ganti hukuman rotan

Jun 28, 2016 | 08:39 AM



SEORANG pekerja pembersihan berusia 49 tahun yang asalnya dihukum penjara 12 tahun dan sebat 18 kali kerana merogol dan merompak, dikenakan hukuman penjara tambahan satu tahun sebagai ganti hukuman rotan.



Doktor penjara yang memeriksa Riduan Rantau Mac lalu mengesahkan dia tidak sihat untuk menjalani hukuman sebat kerana mempunyai masalah jantung yang dikenali sebagai prolaps injap mitral (salah satu injap jantung tidak tertutup dengan betul).



Di bawah undang-undang, apabila seseorang pesalah didapati tidak sihat untuk hukuman sebat, mahkamah boleh meringankan hukuman sebat atau mengenakan hukuman penjara tambahan hingga 12 bulan.



Riduan dijatuhi hukuman pada Ogos tahun lalu kerana kesalahan merogol berani tanpa malu dan rompakan di tangga sebuah tempat letak kereta bertingkat HDB. Dia meneruskan serangan seksual itu walaupun dua penduduk melewati dia apabila mereka lalu di situ selepas meletak kereta.



Pada kira-kira 8 malam 13 Okt 2014, Riduan sedang menghidu gam apabila dia ternampak seorang wanita berusia 34 tahun, juga seorang pekerja pembersihan, minum sendirian di kolong sebuah blok flat di kawasan Queenstown.



Dia menyerang wanita itu apabila beliau pergi membuang tin bir kosong, dan mengheretnya ke tangga tempat letak kereta tersebut.



Semasa mereka bergelut di tangga, Riduan merompak $8.80 dari saku wanita itu dan kemudian merogolnya.



Semasa pergelutan itu, seorang penduduk berusia 27 tahun yang sedang meletak kereta di tingkat dua mendengar jeritan meminta tolong. Apabila turun, beliau melihat Riduan cuba mencium wanita itu, yang menolaknya.



Beliau memanggil polis dengan segera dan juga mengambil gambar perogol serta mangsa itu, yang kemudian ditunjukkannya kepada pegawai polis yang tiba.



Berdasarkan gambar itu, pegawai polis ternampak Riduan dan menyoalnya tetapi dia menafikan berada di tempat kejadian.



Pegawai polis merekod butir diri Riduan dan melepaskannya kerana tidak cukup alasan untuk menangkapnya.



Riduan ditangkap esoknya selepas polis melihat rakaman kamera pengawasan di tempat letak kereta itu, dan menemuramah mangsa di rumahnya.



Daripada hukuman sebat 18 kali yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tahun lepas itu, enam ialah bagi kes rogol dan 12 kes merompak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >