LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) bakal memainkan peranan yang lebih besar dalam melengkapkan warga emas dengan kemahiran digital yang diperlukan sekarang.
Beberapa inisiatif dan khidmat Persediaan Digital atau Digital Readiness (DR), dengan tumpuan khas terhadap warga emas, dibentangkan semasa perbahasan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di Parlimen semalam.