PERPUSTAKAAN Awam Pasir Ris semalam dibuka semula kepada orang ramai selepas sembilan bulan ditutup bagi kerja ubah elok.
Perpustakaan yang terletak di tingkat empat pusat beli-belah White Sands itu kini memberi tumpuan kepada gologan remaja belasan tahun. Ia antara lain mempunyai lantai mezanin yang digelar Teens' Mezzanine.