Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Persada Budaya' anjuran WGS wadah lestari seni Melayu: Maliki

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



SAJIAN seni Persada Budaya di Wisma Geylang Serai (WGS) dapat terus menjadi wadah yang baik lagi berkesan dalam menghimpunkan bakat seni Singapura serta mendorong generasi muda melestarikan budaya Melayu melalui karya yang dipersembahkan.



Mengalu-alukan usaha mengadakan konsert yang menggabungkan ikon legenda dan penggiat seni muda sebagaimana yang diketengahkan kelmarin, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata:



"Saya rasa bangga melihat konsert Persada Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu menjadi wadah artis muda dan tempatan menunjukkan bakat mereka di samping ikon legenda seperti Rahimah Rahim dan Zubir Abdullah. Diharapkan bakat muda boleh belajar daripada yang mapan.



"Covid-19 yang melanda menyebabkan pelbagai program fizikal tergendala. Lantaran itu, artis Singapura turut terjejas dan kurang dapat peluang membuat persembahan secara live dengan lebih acara tertumpu dalam talian.



"Harapan saya Persada Budaya ini akan terus memberi peluang buat bakat Singapura menyemarakkan budaya sebab budaya ini bukan sahaja merangkumi aspek sejarah tetapi seni persembahan yang dapat disampaikan dan dinikmati secara langsung. Sebagai contoh, kita ada acara khusus Hip-Hop Nite buat penggiat seni hip hop."



WGS adalah sebahagian Rangkaian Nod Seni dan Budaya, Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Persada Budaya menampilkan Rahimah Rahim, Zubir Abdullah, Hazrul Nizam, Rudy Djoe, Putri Emily, Umairah, Sheera J, Hafiz Hamzah, Syaz Smooth, Suryana Norddin, Haziq Mohamadan, Cassandra Spykerman dan Bloco Singapura adalah konsert kemuncak yang turut memberi peluang orang ramai menikmati hidangan muzik mengasyikkan Orkestra Melayu Singapura (OMS) yang biasanya berkumandang di dewan seni dan konsert berbayar.



Pengacara Amyrah Mustafa dan pelakon Salif Hardie tampil sebagai hos konsert selama dua jam itu.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), yang juga Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, pula berkata WGS berusaha menyuntik nafas kebudayaan Melayu pada hab sivik itu merangkumi seni, warisan dan kesusasteraan.



"Visi kami adalah untuk terus memberi ruang bagi aktivis seni mengambil bahagian dan menarik lebih ramai lagi penggiat seni dalam membangunkan keyakinan mereka berkarya.



"Kami ingin menambah nilai pada apa yang disediakan agensi seperti NAC atau Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) serta badan lain dalam membangun ekosistem lebih kukuh bagi menyajikan seni 100 peratus Singapura yang menghiburkan," tambahnya.



Hazrul pula berkata:



"Persada Budaya adalah konsert yang memberi penyanyi peluang mempertingkat skala persembahan sebab diiringi orkestra. Berada dekat dengan peminat di ruang awam juga menyeronokkan."




"Saya rasa bangga melihat konsert Persada Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu menjadi wadah artis muda dan tempatan menunjukkan bakat mereka di samping ikon legenda seperti Rahimah Rahim dan Zubir Abdullah. Diharapkan bakat muda boleh belajar daripada yang mapan... Harapan saya Persada Budaya ini akan terus memberi peluang buat bakat Singapura menyemarakkan budaya sebab budaya ini bukan sahaja merangkumi aspek sejarah tetapi seni persembahan yang dapat disampaikan dan dinikmati secara langsung."



- Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >