Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persaingan rebut kawasan undi perseorangan, pembangkang gigit jari

Sep 13, 2015 | 04:00 AM



CALON-CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi kawasan undi perseorangan (SMC) mencatat kemenangan besar dengan sebahagian besar meraih sekurang-kurangnya 65 peratus undi keseluruhan.


PAP memenangi kesemua SMC, termasuk merampas semula kawasan undi Punggol East, yang sebelum ini dimenangi Cik Lee Li Lian dari Parti Pekerja (WP).  Hanya SMC Hougang kekal dipertahankan WP. Cik Li Lian hanya mampu mendapat 48.2 peratus undi sedang pesaingnya, Encik Charles Chong mendapat 51.8 peratus undi, menjadikan kawasan undi Punggol East sebagai kerusi 'paling panas'.


Di SMC Hougang, Encik Png Eng Huat, mendapat 57.7 peratus undi berbanding pencabarnya, muka baru PAP, Encik Lee Hong Chuang, yang mendapat 42.3 peratus undi.


Usaha WP merampas kerusi Fengshan dan Sengkang West gagal. 


Di Fengshan, PAP menerusi calonnya, Cik Cheryl Chan, meraih 12,398 undi atau 57.52 peratus berbanding seterunya, Encik Dennis Tan, yang mendapat 9,158 atau 42.48 peratus undi.


Di Sengkang West pula, Dr Lam Pin Min, mendapat 17,564 undi atau 62.11 peratus berbanding Encik Koh Choong Yong, yang hanya mendapat 10,716 undi atau 37.89 peratus.


Calon PAP bagi MacPherson, Cik Tin Pei Ling, berjaya mengekalkan kemenangannya. Beliau meraih 17,227 undi atau 65.58 peratus undi keseluruhan, jauh mengatasi calon Parti Pekerja, Encik Chen Jiaxi, yang hanya mendapat 8,826 undi atau 33.6 peratus undi.


Calon dari Parti Perpaduan Nasional (NSP), Encik Cheo Chai Chen, yang hanya raih 215 undi dan membentuk tidak sampai 1 peratus undi keseluruhan, sekaligus kehilangan wang cengkeramnya.


Selain MacPherson, PAP turut berjaya mempertahankan kerusi Mountbatten yang diwakili Encik Lim Biow Chuan.


Encik Lim mendapat 15,290 undi atau 71.84 peratus, mengatasi pesaingnya, Cik Jeanette Chong-Aruldoss, yang hanya mendapat 5,992 undi atau 28.16 peratus.


Di Bukit Batok, calon PAP, Encik David Ong, meraih 18,204 undi atau 72.99 peratus undi, mengatasi calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Sadasivam V, yang hanya mendapat 6,585 undi atau 26.4 peratus undi sementara calon Bebas, Encik Samir Salim Neji, hanya mendapat 150 undi, tidak sampai 1 peratus undi.


Selain Bukit Batok, Radin Mas juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru. 


Sekali lagi calon PAP menewaskan pesaingnya dengan penuh cemerlang. Encik Sam Tan, meraih 20,230 undi atau 77.25 peratus undi berbanding calon Parti Pembaharuan (RP), Encik Kumar Appavoo, yang mendapat 3,329 undi atau 12.71 peratus. Calon bebas, Cik Han Hui Hui, pula mendapat 2,629 undi atau 10.04 peratus.


Di Hong Kah North, calon Parti Rakyat Singapura (SPP), Encik Ravi Philemon, gagal merampas kerusi itu daripada PAP yang diwakili Cik Amy Khor.


Cik Khor meraih 19,612 undi atau 74.76 peratus keseluruhan undi, mengatasi Encik Philemon yang hanya mendapat 6,621 undi atau 25.24 peratus undi keseluruhan.


Di kawasan undi Bukit Panjang, Dr Teo Ho Pin, meraih 21,935 undi atau 68.38 peratus berbanding 10,143 undi atau 31.62 peratus yang dicatatkan Encik Khung Wai Yeen, dari Parti Demokratik Singapura (SDP).


Di kawasan undi Pioneer, Encik Cedric Foo, mendapat 17,994 atau 76.34 peratus undi keseluruhan berbanding Encik Elvin Ong, yang mewakili NSP, yang hanya mendapat 5,578 atau 23.66 peratus undi.


Hasrat SPP untuk merampas semula kawasan undi Potong Pasir yang pada suatu ketika menjadi kubu kuat mereka tidak kesampaian.


Ini setelah calon PAP, Encik Sitoh Yih Pin, berjaya menambat hati pengundi dengan mendapat mandat lebih besar, 10,581 atau 66.41 peratus undi, berbanding pesaingnya, Cik Lina Loh, yang hanya mendapat 5,353 undi atau 33.59 peratus undi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >