Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Belia Bedok 'balik kampung'

Bersama bekas penduduk anjur perjumpaan Hari Raya 23 Julai
Jul 09, 2016 | 05:30 AM



SEKITAR lima dekad lalu, penduduk Kampung Bedok menubuhkan Persatuan Belia Bedok bagi menganjurkan pelbagai kegiatan sosial, pendidikan dan agama bagi pemudapemudi kampung.



Kampung itu sudah lama tiada tetapi badan itu masih wujud hingga sekarang.



Namun, sejak beberapa tahun lalu, badan itu mengalihkan tumpuan memberi khidmat kepada golongan kurang upaya dan kini dikenali sebagai Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD).



Syawal ini, persatuan itu seolah-olah 'kembali' ke Kampung Bedok. Ini kerana ia sedang berganding bahu dengan bekas penduduk kampung dengan menganjurkan perjumpaan Hari Raya pada 23 Julai ini.



Presiden BYSD yang juga bekas penduduk Kampung Bedok, Cik Aisah Ibrahim, 70 tahun, giat dalam persatuan itu sejak tahun awal penubuhannya pada 1960-an.



"Persatuan ini nyaris-nyaris ditutup setelah lama tidak aktif tetapi beberapa tahun lalu ia hidup semula sebagai badan untuk insan kurang upaya," ujar Cik Aisah, yang diserang polio di kaki sejak berusia dua tahun.



Pada 2013, persatuan itu didaftar semula sebagai BYSD, yang beribu pejabat di Blok 10 Chai Chee Road.



Seorang lagi bekas penduduk Kampung Bedok, Cikgu Ahmad Hassan, berasa gembira persatuan itu masih mengekalkan nama Persatuan Belia Bedok.



"Ia merupakan pusaka terakhir Kampung Bedok.



"Saya berharap bekas penduduk kampung akan sama-sama menyokong persatuan ini sekarang," ujar Cikgu Ahmad, 76 tahun, penasihat projek perjumpaan Hari Raya Kampung Bedok itu.



Majlis perjumpaan Hari Raya akan berusaha mengumpul dana bagi persatuan itu, selain menyambung silaturahim antara bekas penduduk.



Seramai 300 orang menghadiri perjumpaan Hari Raya pertama dua tahun lalu untuk bekas penduduk kampung itu di Majlis Al-Taqua dekat Bedok Road.



Tahun ini, pihak penganjur berharap lebih ramai bekas penduduk menyertai acara itu bagi mengenang kembali zaman kegemilangan Kampung Bedok yang merangkumi kawasan tepi pantai.



Seorang lagi bekas penduduk, Encik Nazirin Abu Bakar, berkata ramai bekas penduduk kampung itu cemerlang pada peringkat nasional dalam pelbagai bidang seperti politik, seni dan sukan.



"Tidak semestinya kampung itu tepi pantai, penduduknya santai sahaja.



"Penduduk Kampung Bedok telah menunjukkan daya tahan menerusi kejadian seperti bah dan semangat berdaya saing menerusi acara seperti lumba kolek," ujar Encik Nazirin.



Kampung Bedok, yang meliputi kawasan Bedok Road hingga Upper East Coast Road hari ini, memberi laluan kepada pembangunan semula sekitar lewat 1980-an.



Acara perjumpaan Raya Nostalgia Kampung Bedok pada 23 Julai itu diadakan dari 2 petang hingga 6 petang di dewan The Ivory Pearl di pusat beli-belah The Verge, Serangoon Road.



Tiket berharga $45.



Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 9754-9401 (Encik Nazirin) atau 8321-1841 (Encik Hazizi) bagi mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >