PERSATUAN Kanak-Kanak Singapura (SCS) berjaya mengumpul dana sebanyak $5.89 juta melalui dua program mengumpul dana tahun lalu.
Mengumumkan demikian Jumaat lalu, SCS menyatakan bahawa dana tersebut dikumpulkan menerusi program '1000 Perusahaan untuk Kanak-kanak yang Memerlukan' (1000E) - yang menggalak syarikat mengambil SCS sebagai persatuan amal yang disokong dengan mengikrarkan derma tahunan.