DALAM usaha mendekati golongan remaja bagi membantu mereka daripada menghadapi masalah mental, Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH) bakal membuka cawangan barunya di Marsiling pada Disember ini - yang pertama pada peringkat pencegahan dan yang kedua dikhususkan untuk golongan remaja.
Menurut Pengarah Eksekutif SAMH, Cik Tan Li Li, cawangan terkini yang terletak bersebelahan Kelab Heal di kolong Blok 317, Woodlands Street 31, itu memberi tumpuan kepada golongan remaja sama seperti cawangan YouthReach SAMH yang terletak di Central Plaza, Tiong Bahru Road.