PERSATUAN Peguam Islam (AML) mempunyai matlamat mengagihkan bantuan berupa wang tunai dan bekalan makanan bernilai $10,000 kepada 40 penduduk susah setempat.
Usaha itu sebahagian daripada projek kemasyarakatan anjuran AML dan diharap membawa sedikit keceriaan kepada keluarga susah khususnya mereka yang menyambut Tahun Baru Cina.