Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Undang-Undang kritik kumpulan peguam Canada cuba pengaruhi hal tatatertib peguam M. Ravi

Aug 25, 2015 | 09:41 AM



PERSATUAN Undang-Undang mengkritik sebuah kumpulan peguam Canada kerana cuba mempengaruhi perkara tatatertib yang belum selesai melibatkan peguam aktivis hak asasi M. Ravi.


Dalam sepucuk surat keras yang dihantar semalam kepada Pengamat Hak Peguam Canada (LRWC), persatuan itu juga melahirkan kebimbangan bahawa kumpulan tersebut mendapat akses kepada data sulit mengenai keadaan perubatan dan tuduhan disiplin Encik Ravi.


"Kami menganggap sangat tidak sesuai untuk anda... campur tangan dalam perkara ini, terutamanya memandangkan hakikatnya ialah anda kelihatan tidak mempunyai semua fakta dan telah memberi gambaran palsu dan mengelirukan mengenai pelbagai perkara," tulis presiden Persatuan Undang-Undang, Encik Thio Shen Yi.


LRWC, kumpulan peguam Canada yang menggalak hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, memuat naik sebuah surat di laman webnya awal bulan ini, menggesa persatuan itu supaya menggugurkan pertuduhan tatatertib terhadap Encik Ravi dan menyokong permohonannya untuk memperbaharui sijilnya perkhidmatannya.


Dalam responsnya, Peguam Kanan Thio berkata: "Anda pada dasarnya meminta Persatuan Undang-undang campur tangan dalam prosiding tatatertib melibatkan Mr Ravi yang telah diadakan dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang kami. Ini bukan sangat tidak sesuai sahaja, malah nampaknya berdasarkan kekurangan pemahaman megenai undang-undang berkanun kami."


Beliau juga berkata pelbagai rujukan LRWC mengenai keadaan perubatan Encik Ravi dan laporan sulit yang dikeluarkan oleh doktor yang diterbitkan di laman web kumpulan itu ialah "pelanggaran serius" kerahsiaan perubatan Encik Ravi dan Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi Singapura.


Surat kedua oleh LRWC, yang kandungannya serupa surat kepada Persatuan Undang-Undang, dihantar minggu lalu kepada Tribunal Tatatertib. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >