PERSATUAN Wanita bagi Kajian dan Tindakan (Aware) menyambut baik Nasihat Tiga Pihak mengenai Pengendalian Gangguan di Tempat Kerja yang baru dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef).
Aware dalam kenyataannya semalam turut mengalu-alukan pendekatan berbentuk rundingan oleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak dalam membentuknya.