PERSEKUTUAN India Muslim (FIM) menyambut baik dan menyokong tindakan tegas pemerintah dalam menangani kes imam di Masjid Jamae Chulia, Imam Nalla Mohamed Abdul Jameel Abdul Malik.
Dalam satu kenyataan kepada media yang ditandatangani presiden badan itu, Encik Mohamed Ghouse, semalam, FIM berkata adalah penting bagi pemerintah mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa daripada mana-mana kumpulan agama yang melampaui batas dan mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan.