Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Persembahan pelajar madrasah, pantun serikan sambutan Hari Kebangsaan Muis

Aug 08, 2017 | 05:30 AM



NYANYIAN lagu masyarakat, persembahan serta pertunjukan khas oleh pelajar madrasah menyerikan sambutan Hari Kebangsaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Acara yang berlangsung di auditorium Hab Islam Singapura di Braddell Road itu dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, sebagai tetamu terhormat.



Seramai 250 orang menghadiri upacara itu, termasuk Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Abdul Razak Maricar; anggota Majlis Tertinggi Muis, pengetua dan pelajar madrasah; serta kakitangan Muis dan masjid.



Hadirin dihiburkan dengan persembahan oleh pelajar madrasah dan kumpulan yang diundang.



Pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah menyampaikan pantun dalam bahasa Arab yang memaparkan renungan tentang kemajuan Singapura.



Kumpulan Kelana Pantun Temasek pula menghiburkan hadirin dengan persembahan pantun mengenai tema Hari Kebangsaan tahun ini, #onenationtogether.



Hadirin juga menikmati halwa telinga melalui persembahan kumpulan a capella setempat, JuzB, yang mendendangkan pelbagai lagu Hari Kebangsaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >