Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persembahan seni satu bumbung di Our Tampines Hub

Nov 26, 2017 | 05:30 AM



PENDUDUK Tampines kini mempunyai satu lagi tempat untuk menghiburkan diri.



Teater Pesta Seni atau Festive Arts Theater di Our Tampines Hub (OTH), yang menayangkan filem pertama awal bulan ini, dijangka menjadi tumpuan satu bumbung yang menyajikan filem, drama, muzik dan persembahan 'live'.



Pengarah OTH Suhaimi Rafdi berkata: "Teater ini berkeupayaan menganjurkan pelbagai persembahan kumpulan seni, serta menayangkan filem, semuanya di bawah satu bumbung.



"Bagi penduduk Tampines dan pengunjung lain, pengalaman hiburan kini disediakan di depan rumah mereka."



Teater yang boleh menampung 400 penonton dan dilengkapi dengan sistem gambar resolusi tinggi 4K Digital dan sistem audio Dolby 7.1 Surround Sound itu mampu menayangkan filem dengan mutu setanding di pawagam.



Ia menayangkan filem Ah Boys to Men 4 mulai 9 November, dan dijadualkan menayangkan filem Disney Coco mulai 23 November dan Star Wars: The Last Jedi bermula 14 Disember.



Tiket dijual pada harga $6 pada hari kerja dan $9 pada hujung minggu, bagi anggota kad PAssion OTH.



Melebihi tayangan filem blockbuster, ia juga akan menawarkan persembahan kumpulan seni berbilang budaya dan beberapa acara utama.



Dalam kenyataannya, OTH berkata ia sedang bekerjasama dengan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) untuk menawarkan program seni dan budaya yang "menggalak penduduk dan pengunjung" meluahkan kreativiti dan memupuk sifat menghargai kepelbagaian kaum dalam masyarakat.



Antara acara utama yang bakal diadakan di sana ialah pesta filem berbilang negara Asia termasuk Jepun, Korea, Malaysia dan India, serta Pesta PAssion Arts oleh Persatuan Rakyat (PA).



Pesta Seni OTH dan Pesta Filem Pendek juga akan dianjurkan untuk melengkapkan jadual tahun ini.



Dalam pada itu, NAC pula akan bekerjasama dengan mengadakan program seperti Seni dalam Kejiranan dan Pesta Seni Perak bagi warga emas.



Butiran lanjut bagi kegiatan dan persembahan di Teater Pesta Seni boleh diperolehi daripada laman web https://goo.gl/nysKLe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >