Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persepsi masyarakat berhubung kaunseling perlu diubah, bagi tangani masalah emosi

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



ELAK daripada menggunakan agama dan perkataan seperti 'sabar, reda dan tawakal' kepada seseorang yang sedang mengalami keganasan keluarga, kemurungan dan masalah berkaitan keluarga.



Sebaliknya, adalah penting untuk mengarahkan mereka kepada pakar yang dapat membantu menyelesaikan atau memberi pertolongan yang sewajarnya secara tidak berpihak.



Demikian menurut Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy semasa sesi Facebook Live Berita Harian yang diadakan, malam kelmarin.



"Jangan salah faham maksud sabar, reda dan tawakal.



"Sabar tidak bererti kita terima sahaja jika dipukul terus oleh pasangan atau reda sahaja apabila dimaki hamun dan tersiksa jiwa dan batin.



"Sabar bermaksud sekiranya rumah tangga kita boleh diselamatkan tetapi pada masa yang sama dapatkan nasihat pakar dan orang ketiga yang tidak memihak kepada sesiapa, itulah erti sabar.



"Ini juga yang digalakkan agama kita," ujar Ustaz Irwan.



Facebook Live itu yang dibawakan khas oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) membincangkan tentang kepentingan kauseling dalam membantu individu dan keluarga yang memerlukan bantuan.



Ia dihoskan koresponden Berita Harian, Cik Shahida Sarhid dan Ustaz Fadhly Rosli.



Di samping Ustaz Irwan, dua lagi tetamu turut hadir mengongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam sesi perbincangan secara langsung selama sejam itu di Facebook Berita Harian.



Pekerja Sosial Utama Pusat Khidmat Keluarga PPIS, Cik Nasriah Nasir antara lain telah berkongsi tentang khidmat-khidmat yang ditawarkan persatuan tersebut.



Ini termasuk memberi maklumat dan rujukan kepada agensi tertentu sesuai dengan keperluan mereka, pengurusan kes, kerja secara berkumpulan di mana mereka yang mengalami masalah serupa mengongsi panduan antara satu sama lain serta khidmat kemasyarakatan yang bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk sekitaran tentang program yang PPIS kendalikan.



Beliau turut menyentuh tentang stigma yang masih lagi membelenggu mereka yang ingin tampil bagi mendapatkan kaunseling.



"Persepsi masyarakat tentang kaunseling perlu diubah.



"Sebenarnya kaunseling sama seperti rawatan untuk anggota badan. Kita kalau sakit badan, kita jumpa doktor.



"Justeru kalau emosi tidak selesa, perasaan tidak tenang, pergi dapatkan bantuan kaunselor," ujarnya.



Selebriti Hans Ashrie juga sempat mengongsi pengalamannya dibuli di bangku sekolah dan menjalani sesi kaunseling.



Beliau berkata pengalaman dibuli itu masih diingatinya sehingga hari ini kerana kesannya begitu mendalam pada dirinya.



Namun menurut Hans, proses kaunseling banyak membantu dalam menyelesaikan masalah menguruskan pembuli.



"Jadikan proses berjumpa kaunselor atau pakar psikiatri sebagai satu norma baharu.



"Jangan hebohkan masalah anda di media sosial. Itu bak membuka aib. Sebaliknya, jumpa dengan pakar dan dapatkan bantuan yang sewajarnya.



"Pakar juga tidak akan mendedahkan masalah anda secara terbuka dan akan memelihara maklumat peribadi anda," ujarnya.




"Jangan salah faham maksud sabar, reda dan tawakal. Sabar tidak bererti kita terima sahaja jika dipukul terus oleh pasangan atau reda sahaja apabila dimaki hamun dan tersiksa jiwa dan batin. Sabar bermaksud sekiranya rumah tangga kita boleh diselamatkan tetapi pada masa yang sama dapatkan nasihat pakar dan orang ketiga yang tidak memihak kepada sesiapa, itulah erti sabar. Ini juga yang digalakkan agama kita."
- Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >