KELAB masyarakat, restoran dan pusat hiburan tempatan telah membuat persediaan untuk menyambut para penyokong yang sanggup bersengkang mata menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Bagi memenuhi keperluan peminat yang tidak berpeluang ke Brazil, pusat kemasyarakatan dan tempat komersial sedia membuka pintu atau melanjutkan waktu operasi masing-masing dan menawarkan siaran langsung perlawanan.