Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertahan Mutlak kekal penting jamin rakyat S’pura selamat, sejahtera: Eng Hen

Nov 22, 2023 | 05:30 AM



Pertahanan Mutlak, yang diperkenalkan pada 1984 dan akan menyambut tahun ke-40 penubuhannya, berperanan penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Singapura, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Ia membantu Singapura mengharungi Sars pada 2003, Krisis Kewangan Sejagat pada 2008, dan sudah tentu perjuangan menentang Covid-19 baru-baru ini.

“Rakyat Singapura dan rakyat sedunia, tidak perlu ragu tentang kepentingan pertahanan mutlak,” kata Dr Ng sewaktu majlis penyampaian Anugerah Pertahanan Mutlak di Pusat Konvensyen Raffles City pada Isnin.

Dr Ng turut memberi contoh kesan buruk yang dialami rakyat sesebuah negara akibat peperangan, seperti di Ukraine, yang menurut beliau akan mengambil masa untuk diselesaikan, dan “Eropah tidak mungkin kembali ke asalnya sebelum pencerobohan Ukraine oleh Russia”.

Beliau juga menekankan betapa kesan situasi di Gaza jauh mengatasi kesan pencerobohan Russia yang menyalahi undang-undang ke atas Ukraine. Laporan mengenai mangsa yang kehilangan nyawa serta anggota badan mereka begitu menyayat hati, ujar Dr Ng.

Pergolakan di Timur Tengah, yang tercetus selepas serangan oleh kumpulan Hamas ke atas Israel, dan tindak balas oleh Israel telah memecahbelahkan seluruh dunia, terutama negara yang mempunyai populasi penganut Islam yang besar.

Peperangan di Gaza turut menimbulkan risiko berlaku serangan ke atas Singapura, kata beliau.

“Kami sedang memantau perkembangan ini dengan teliti. Lawatan ke laman ekstremis dan perbualan tentang laman extremis sudah meningkat berlipat kali ganda.

“Walaupun tiada maklumat mengenai sasaran khusus terhadap Singapura, tiada kejutan jika saya mengatakan bahawa risiko serangan di sini telah melonjak,” ujar Dr Eng.

Dua peristiwa itu, perang di Ukraine dan Gaza, berlaku di tengah-tengah persaingan Amerika Syarikat-China sepanjang dekad lalu.

Oleh kerana itu, lebih mudah untuk meyakinkan rakyat Singapura mengenai kepentingan keenam-enam tunggak Pertahanan Mutlak, iaitu pertahanan tentera, sosial, sivil, psikologi, ekonomi dan digital.

Dr Ng berkata, “muda atau tua, mereka (rakyat Singapura) tahu bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang kuat diperlukan di tengah-tengah persaingan antara kuasa dunia”.

“Mereka membaca tentang kekacauan ketenteraman dan undang-undang, bagaimana ramai orang di negara lain kehilangan kediaman mereka, terutamanya selepas pandemik Covid-19, dan mereka menghargai bahawa kita memerlukan pertahanan awam yang kukuh.”

Seperti tahun-tahn lalu, Anugerah Perkhidmatan Mutklak driberi kepada syarikat kecil dan sederhana (SME), syarikat besar, pertubuhan dan individu.

Antara pemenangnya tahun ini ialah Shalom International Movers Pte Ltd, sebuah SME dalam perniagaan logistik. Shalom menyediakan kepakaran logistik dan gudang secara sukarela untuk membantu latihan Institut Logistik Tentera Darat menguji konsep mereka.

Antara penerima individu ialah Cik Eunice Tan, seorang eksekutif di Hospital Besar Changi. Encik Tan mengambil alih tugas rakannya supaya rakannya itu dapat menjalani latihan dalam kem (ICT) anggota kerahan, sedang beliau hamil enam bulan ketika itu dan ia dalam tempoh sibuk di pejabat.

“Jika kita dapat menyimpan mesej Pertahanan Mutlak – iaitu kegigihan dan komitmen untuk generasi seterusnya – masa hadapan Singapura akan lebih terjamin,” ujar Dr Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >