Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertandingan sukan sekolah disambung: MOE

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



PERTANDINGAN Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) yang telah ditunda dan sepatutnya dijadual bermula bulan lalu akan disambung semula mulai bulan ini, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Namun hanya pertandingan Divisyen A, B dan peringkat Senior sahaja, serta 12 daripada 29 sukan yang dikategorikan sebagai "sukan tanpa kontak" - iaitu yang melibatkan sentuhan dan pergaulan terhad antara peserta - akan disambung pada 29 Mac hingga 27 Mei.



Divisyen C dan Divisyen Junior dijangka disambung pada Penggal Ketiga yang bermula pada 28 Jun.



Pertandingan Divisyen B membabitkan pelajar sekolah menengah di peringkat Menengah Tiga hingga Menengah Lima manakala Divisyen C adalah pertandingan sukan bagi pelajar Menengah Satu dan Dua.



Divisyen Senior pula bagi murid sekolah rendah berusia 12 dan 13 tahun. Kategori 'Junior' pula diperuntuk bagi murid-murid berusia antara sembilan tahun dengan 11 tahun.



Memberi perincian, MOE berkata 12 sukan yang akan dimula semula tahun ini ialah badminton, boling, golf, gimnastik, lompat tali, sepak takraw, menembak, tenis meja, tae kwon do (poomsae atau seni), tenis, bola tampar tiga lawan tiga (3v3) dan wusyu.



Sebanyak 17 sukan lain termasuk renang serta sukan berpasukan seperti bola sepak, bola keranjang dan hoki akan terus digantung buat sementara waktu.



MOE berkata: "Risiko penularan Covid-19 dan terjadinya sebuah kelompok jangkitan baru kekal menjadi keprihatinan meskipun pada tempoh Fasa Tiga ini.



"Disebabkan itu, MOE telah cuba mengurangkan pergaulan antara pelajar di serata sekolah setempat dan menekankan langkah jarak selamat di kesemua sekolah, agar dapat mencegah terjadinya sebuah kelompok (jangkitan) yang besar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >