Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertandingan tiga penjuru dijangka di MacPherson

Sep 01, 2015 | 11:38 AM



KAWASAN Undi Perseorangan (SMC) MacPherson akhirnya kelihatan akan menyaksikan satu pertandingan tiga penjuru selepas anggota Parti Perpaduan Nasional (NSP), Encik Cheo Chai Chen, berkata beliau akan bertanding di situ pada pagi Hari Pencalonan Calon hari ini (1 September).


Encik Cheo, 65 tahun, mengumumkan beliau akan bertanding di MacPherson setibanya di Sekolah Kong Hwa bagi memfail kertas pencalonannya.


Ini bermakna MacPherson mungkin menyaksikan persaingan antara Encik Cheo; Cik Tin Pei Ling, 31 tahun, daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP); dan Encik Bernard Chen, 29 tahun, daripada Parti Pekerja (WP).


Bercakap kepada penyokongnya sebelum memfail kertas pencalonan, Cik Tin berkata: "Ini harinya. Kita akan memberi tentangan kuat. Kita akan memberi yang terbaik dan 101 peratus. Terima kasih kerana berjuang bersama saya. Setiap undi penting. Kita parti terbaik untuk melakukan ini."


WP dan NSP bertikai sejak beberapa minggu lalu, selepas dua parti itu tidak bersetuju mengenai parti mana harus bertanding di MacPherson.


SMC itu sebahagian daripada GRC Marine Parade semasa pilihan raya umum 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >