BADAN kebajikan Pertapis semalam berjaya memenuhi sasarannya mengumpul $300,000 menerusi satu acara golf amal 'Swing for Hope' - yang kedua diadakan pertubuhan itu sejak acara sulungnya pada 2009.
Kesemua hasil kutipan dana itu akan digunakan bagi menampung keperluan pendidikan di Rumah Kanak-Kanak Pertapis (PCH) dan Pusat bagi Wanita dan Gadis Remaja Pertapis.