Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertemuan dua presiden

Jun 16, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Jerman, Dr Frank-Walter Steinmeier, bertemu Presiden Halimah Yacob di Istana semalam sebagai sebahagian acara lawatannya ke Singapura selama dua hari hingga semalam.



Semasa pertemuan itu, mereka mengesahkan lagi hubungan baik yang lama terjalin antara Singapura dan Jerman merangkumi sektor berbeza dan juga kerjasama dalam pelbagai bidang, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Kededuanya turut mengalu-alukan kerjasama baru dalam bidang membangun, termasuk keselamatan siber dan perubahan iklim.



"Berlatarbelakangkan cabaran global yang tidak menentu, amat penting menjalin kerjasama dengan rakan kongsi untuk menggalak kerjasama pelbagai hala dan pemerintahan antarabangsa berasaskan peraturan," kata kenyataan MFA itu.



Sebelum itu, Dr Steinmeier bertemu Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Mereka membincangkan hubungan dua hala antara dua negara ini dan bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan global dan serantau, terutama keadaan di Ukraine dan krisis tenaga global serta makanan, menurut MFA lagi.



Dr Steinmeier juga menghadiri perbincangan meja bundar bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran, dan wakil perniagaan bagi membincangkan cara terbaik memperbaiki hubungan perniagaan dan ekonomi antara Singapura dan Jerman, terutama dalam bidang seperti digital dan ekonomi hijau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >