Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertimbangan dalam memilih JC atau politeknik?

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



1. Bagaimana untuk ketahui sama ada saya lebih sesuai untuk JC atau politeknik?



Maktab Rendah (JC) dan politeknik memenuhi keperluan pembelajaran berbeza-beza. Kurikulum JC lebih cenderung kepada akademik, dengan subjek yang menitikberatkan kemahiran analisis dan penilaian.



Politeknik pula menawarkan pembelajaran yang lebih cenderung kepada amali, dengan kursus tertumpu kepada membina kemahiran yang relevan dengan industri untuk mempersiapkan pelajar untuk kerjaya khusus.



Pengetua berkata pelajar yang masuk ke politeknik selalunya mempunyai minat jelas terhadap laluan kerjaya atau sektor industri khusus, dan mahu menimba kemahiran dan ilmu dalam bidang tersebut.



Pengetua Politeknik Republik (RP), Encik Yeo Li Pheow mencadangkan agar pelajar tanya diri mereka sekiranya mereka suka menghuraikan masalah industri sebagai sebahagian proses pembelajaran.



Cik Anita Kuan, timbalan pengetua Politeknik Temasek (TP), menambah bahawa beberapa kursus diploma menggunakan mod penilaian berterusan tanpa peperiksaan. Setiap set keputusan dari enam semester akan dikira untuk Gred Purata Mata (GPA) akhir.



"Ini bermakna pelajar perlu berusaha secara konsisten sepanjang tiga tahun, berbanding dengan bersedia untuk satu peperiksaan besar," katanya sambil merujuk kepada peperiksaan peringkat A yang diambil pelajar JC.



2. Bagaimana untuk pilih kursus dan laluan politeknik yang betul?



Pertama sekali, kenal pasti kursus dengan melihat kelompok yang sesuai dengan minat serta kekuatan anda, kemudian dalami tawaran setiap politeknik bagi kelompok tersebut, kata Cik Jeanne Liew, pengetua Politeknik Nanyang (NYP).



Jika anda minat dalam sesuatu industri tetapi tidak pasti tentang pengkhususan anda, politeknik menawarkan Program Kemasukan Bersama (CEP) dalam domain berbeza seperti perniagaan, kejuruteraan atau IT.



Cik Regina Lim, penolong pengarah jabatan khidmat pelajar di Politeknik Singapura (SP), menggalakkan pelajar untuk melihat melebihi nama kursus dan jawatan pekerjaan, dan mempertimbang cabaran yang mereka minat untuk huraikan.



Mengambil pendekatan ini boleh membantu pelajar mengenal pasti tujuan mereka dan akhirnya, kerjaya pilihan mereka, katanya.



3. Patutkah kombinasi subjek yang ditawarkan JC dipertimbangkan apabila memilih sekolah?



Pilihan kombinasi subjek merupakan pertimbangan penting apabila memasuki JC kerana ia merupakan salah satu faktor yang menentukan tempat dalam kursus pilihan di universiti.



Dr Hang Kim Hoo, pengetua JC Jurong Pioneer menasihati pelajar untuk mendapat tahu tentang prasyarat bagi kursus universiti yang diminati mereka dan memilih kombinasi subjek yang sesuai di JC.



Encik de Silva dari JC Yishun Innova menambah bahawa kombinasi subjek yang pelbagai membolehkan pelajar membangunkan kebolehan, kekuatan dan minat khusus.



Untuk menyediakan fleksibiliti kepada pelajar dalam menawarkan subjek pada peringkat berbeza-beza, JC dan Institut Millennia menawarkan pelbagai subjek pada peringkat H1, H2 dan H3, serta kombinasi subjek berbeza-beza.



4. Adakah personaliti pelajar penting apabila memilih kursus?



Memiliki personaliti tertentu tidak menentukan kesesuaian atau kebolehan seseorang untuk mencatatkan prestasi baik dalam sesuatu kursus, kata Encik Yeo, pengetua RP.



"Saya percaya pelajar semua jenis personaliti boleh dikembangkan secara profesional untuk membina kecekapan dan kemahiran yang diperlukan majikan pada masa depan," katanya.



Encik Mah Wee Beng, timbalan pengetua dan pendaftar Politeknik Ngee Ann (NP) mencadangkan agar pelajar mengikuti minat dan aspirasi mereka.



"Contohnya, jika seorang pelajar amat berempati dan minat terhadap membina masyarakat yang lebih baik, beliau boleh mempertimbang kursus yang boleh meninggalkan kesan ke atas masyarakat. Ini termasuk pembangunan masyarakat, kejururawatan, pendidikan dan pembangunan awal kanak-kanak dan pengurusan perniagaan seni," katanya.



Cik Kuan berkata personaliti bukanlah satu-satunya faktor untuk berjaya.



"Semakin anda suka kursus anda, semakin besar kemungkinannya anda dapat berjaya dan gembira dalam kerjaya pilihan anda untuk jangka panjang.



"Personaliti hanyalah satu pertimbangan. Faktor kejayaan termasuk sifat seperti disiplin, kecekalan, keberanian dan daya tahan," katanya. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >