RAMAI orang mungkin menyangka masyarakat Melayu Singapura terdiri daripada hanya satu bangsa. Namun, hakikatnya masyarakat Melayu Singapura merangkumi subetnik berlainan.
Kurator Taman Warisan Melayu (TWM), Cik Suhaili Osman, berkata demikian pada pelancaran pameran Warisan dan Budaya Jawa Di Singapura bagi media, semalam.