Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertunjukan Pertahanan Dinamik serikan NDP tahun ini

Jun 13, 2017 | 04:07 PM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan menampilkan semula segmen Pertunjukan Pertahanan Dinamik (D3), selepas ia kali terakhir diadakan pada 2014.



Buat julung-julung kalinya dalam sejarah NDP, segmen D3 juga akan dipamerkan dalam dua bahagian dan disertai dengan penggunaan piroteknik dipertingkatkan.



Bahagian pertama yang dijalankan sebelum segmen Perbarisan dan Upacara (P&C), akan menunjukkan keupayaan pertahanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) manakala bahagian kedua pula yang menyusuli P&C, menampilkan persembahan simulasi serangan siber dan pengganasan bagi mempamerkan usaha bersama pemerintah dan warga dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin meningkat.



Segmen D3 itu melibatkan lebih 500 peserta dan lebih 50 aset kenderaan SAF dan Home Team. Jumlah aset terlibat tahun ini merupakan yang terbesar dalam sejarah NDP D3.



Segmen P&C tahun ini pula melibatkan sekitar 2,000 peserta dari 31 kontinjen perbarisan.



Satu penghormatan khas untuk 50 tahun Perkhidmatan Negara (NS50) juga akan diadakan ketika segmen itu.



Acara khas itu akan merangkumi tayangan video penghormatan NS50, pembentukan perkataan 'NS50' oleh kontinjen Kumpulan Berseragam Belia dan upacara Tabik Kepada Negara dari kontinjen perbarisan.



Komander Perbarisan tahun ini merupakan seorang anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSMen), Leftenan Kolonel (LTC) (NS) Lim Wee Tee.



Kali terakhir seorang NSMen diberi tanggungjawab mengetuai perbarisan adalah semasa sambutan NS45, lima tahun yang lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >