Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan bagi pertingkat perlindungan untuk pelanggan TV berbayar

Mar 17, 2016 | 08:23 AM



LEMBAGA Pembangunan Media (MDA) mengumumkan pada Rabu (16 Mac) bahawa ia telah memuktamadkan perubahan yang disarankannya kepada Tatalaku Kelakuan Media, yang bertujuan meningkatkan perlindungan bagi pengguna terhadap amalan TV berbayar tidak adil.

Saranan itu, yang dijangka berkuat kuasa mulai April, akan membolehkan pengguna membatalkan kontrak mereka awal tanpa membayar penalti jika pembekal perkhidmatan meningkatkan yuran langganan atau membuang kandungan penting dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan.

MDA juga akan mewajibkan pengendali memberi pengguna pilihan kontrak lebih pendek, 12 bulan, bagi pakej TV berbayar atau berkas (kumpulan perisian).

Satu lagi perubahan akan melarang pengendali memaksa pelanggan tatar (upgrade) ke perkhidmatan bukan TV berbayar, seperti kontrak jalur lebar Internet atau perkhidmatan telefon, untuk membuat perubahan pada perkhidmatan TV berbayar.

Perubahan ini menyusuli perundingan awam yang diadakan dari September hingga November 2014 dengan pengendali TV berbayar, pembekal kandungan, persatuan pengguna dan industri, dan orang ramai.

Pengendali akan dikehendaki menyediakan pelanggan ringkasan maklumat penting yang memaparkan terma dan syarat penting dengan jelas dan tepat.

Mereka perlu menyediakan pelanggan salinan bertulis dan ringkasan kontrak dalam tempoh 14 hari dari tarikh kontrak.

Pengendali juga perlu mendapatkan persetujuan pengguna untuk meneruskan sembarang percubaan atau perkhidmatan percuma sebelum mereka boleh mula mengenakan bayaran, berbanding mengenakan bayaran secara automatik jika mereka tidak menarik diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >