BEBERAPA anggota parlimen (AP) semalam akur pemerintah telah melaksanakan perubahan dasar ketara yang dapat menangani keperluan rakyat Singapura.
Dasar seperti Pakej Generasi Perintis bukan hanya menangani keperluan penjagaan kesihatan golongan perintis, ia juga memupuk nilai murni di kalangan rakyat Singapura, terutama generasi muda tentang peri pentingnya menghargai dan menghormati sumbangan golongan perintis.