Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan pesat ekon: Sedar, sedia dan segera bertindak

May 29, 2016 | 05:30 AM



SENTIASA bersedia mendalami kemahiran baru, berdaya kreatif dan berdaya tahan - inilah antara ciri yang diperlukan pekerja dan peniaga dalam keadaan ekonomi berubah-ubah.



Demikian menurut panel pakar yang menyertai perbincangan meja bundar mengenai ekonomi bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, anjuran Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Sesi yang dinamakan Bincang BH itu turut disertai Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Azmoon Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) VersaFleet, Encik Shamir Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh; dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Zahidi Abdul Rahman.



Meskipun mereka akur perubahan ekonomi adalah sesuatu yang lumrah, kadar perubahannya dirasa semakin cepat sekarang ini.



Ini lebih-lebih lagi dengan munculnya teknologi disruptif atau teknologi yang mengubah industri, gaya hidup dan model perniagaan. Contoh teknologi disruptif ialah rangkaian sosial yang mengubah cara komunikasi.



Encik Saktiandi berkata masyarakat perlu peka tentang pelbagai perubahan ini dan bagaimana ia menjejas kehidupan, khususnya kesan atas sikap pengguna.



"Apabila ekonomi berubah, kita akan lihat perniagaan maju atau tutup kerana keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri menghadapi cabaran," ujar Encik Saktiandi.



Beliau merupakan anggota Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE), sebuah panel yang ditubuhkan bagi membangunkan strategi ekonomi masa depan Singapura.



Encik Azmoon,juga anggota CFE, menarik perhatian tentang sikap berdaya tahan.



"Bagi saya, daya ketahanan adalah apabila kita berhadapan dengan situasi, kita akan meneroka huraian dan kemudian melakukan langkah demi langkah.



"Itu saranan saya bagi pekerja masa depan kerana perubahan akan datang dan ia akan berlaku dengan lebih laju," ujar Encik Azmoon yang juga Naib Presiden Kanan dan Anggota Pengurusan Eksekutif Desay SV Automotive.



Encik Shamir pula ingin melihat karyawan menghayati sikap ingin tahu intelek atau 'intellectual curiosity', dan meneroka bidang yang diminati dengan lebih mendalam lagi.



Bagi pekerja bergaji rendah, Encik Suhaimi prihatin mereka akan jauh ketinggalan dalam perubahan ekonomi ini, jika tidak meningkatkan kemahiran mereka.



Dalam pada itu, Encik Zahidi menggesa masyarakat Melayu/Islam memanfaatkan kekuatan mereka dari segi daya kreatif untuk mencipta produk dan teknologi baru, sekali gus mencipta masa depan sendiri.



Berita lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >