Pemerintah komited untuk melindungi setiap pekerja dari sebarang diskriminasi di tempat kerja, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Rangka kerja Perundangan Keadilan di Tempat Kerja (WFL) baru, yang akan dilaksanakan bersama garis panduan sedia ada untuk pekerja di bawah Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep), memberi isyarat kuat terhadap komitmen ini.