Perusuh ancam bunuh penjaga masa bas

PARA perusuh dalam rusuhan Little India Disember lalu telah mengancam untuk membunuh penjaga sebuah bas dan mahu membakar bas tersebut.

Pekerja asing itu telah mengerumuni bas berkenaan sambil meneriak mengancam untuk berbuat demikian.

Bas tersebut sebelum itu telah melanggar seorang lelaki warga India hingga mencetuskan rusuhan.

Pekerja binaan warga India itu, Encik Sakthivel Kumaravelu, 33 tahun, meninggal dunia dalam kejadian pada 9.20 malam itu.

Ini didedahkan Konstabel Certis Cisco, Encik Nathan Chandra Sekaran, dalam sidang perbicaraan Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai rusuhan itu di Mahkamah Rendah tadi.

Encik Sekaran merupakan antara pegawai pertama yang tiba di tempat kejadian.

Menurut Encik Nathan, beliau terdengar para pekerja asing itu memekik menyalahkan penjaga masa bas itu, Cik Wong Geck Woon, 38 tahun, sebagai punca kematian mendiang.

Ini memandangkan Cik Wong telah menyuruh mendiang turun dari bas sebelum itu.

Salah seorang penumpang bas itu turut tampil memberi keterangan dalam sidang COI itu tadi.

Encik Ganesan Thanaraj, seorang lelaki warga India, adalah pekerja asing pertama daripada 117 saksi yang memberi keterangan dalam sidang yang dipengerusikan Encik G. Pannir Selvam.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.