SEORANG individu yang disahkan positif Covid-19 telah ke Masjid Al-Ansar di Bedok bagi solat maghrib dan isyak antara 26 Jun dengan 2 Julai lalu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, masjid itu telah ditutup dari lewat petang 7 Julai dan 8 Julai bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmi kuman secara menyeluruh.