MELIHAT mereka berpakaian sedondon, tertawa dan tersenyum ketika gambar mereka sekeluarga dipetik bagi satu potret, tiada siapa yang menyangka keperitan dan kesukaran yang dihadapi oleh Cik Zainon Arshad sekeluarga.
Cik Zainon, 51 tahun, yang menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis sehingga kededua belah kakinya terpaksa dipotong ekoran komplikasi penyakit tersebut, perlu menjalani dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) tiga kali seminggu.