Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit TB dijel 6 bulan kerana lari daripada kuarantin

Sep 13, 2016 | 02:44 PM



SEORANG lelaki berusia 54 tahun yang menghidap penyakit batuk kering (TB) melarikan diri dari kuarantin tiga kali, mahkamah diberitahu.



Mohamed Zaini Parman malah memberi butir diri palsu kepada polis bagi mengelak diletak dalam pengasingan semula.



Pada Isnin (13 Sep), dia dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan: meninggalkan tempat pengasingan semasa menjalani rawatan di bawah Akta Penyakit Berjangkit, dan memberi maklumat palsu kepada polis.



Tiga pertuduhan berkaitan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa Zaini pertama kali didiagnosis menghidap TB pada 3 Januari 2014 di Hospital Besar Changi (CGH).



Dia dirujuk kepada Unit Kawalan Batuk Kering bagi rawatan, tetapi tidak menghadiri janji temu pada 13 Jan dan kekal tidak dapat dihubungi selepas itu.



Notis dikeluarkan pada 18 Mac, mewajibkan dia melaporkan diri bagi pemeriksaan perubatan dan rawatan, di bawah akta itu. Bagaimanapun, dia tidak berbuat demikian.



Pada 8 Mei, Zaini dikenakan satu perintah pengasingan, yang mewajibkan dia ditahan dan diasingkan di Pusat Penyakit Berjangkit (CDC) Hospital Tan Tock Seng sehingga selesai rawatan.



Tetapi dia melarikan diri dari pusat itu tiga kali.



Zaini meninggalkan CDC itu tanpa kebenaran pada 23 Mei 2014 dan ditahan dan dibawa balik pada 24 Jan tahun lalu.



Bagaimanapun pada kira-kira 8.30 malam esoknya, dia melarikan diri lagi dengan memanjat tingkap wad.



Pada 3 Jun tahun lalu, pegawai polis yang meronda di Bedok Reservoir Road ternampak dia cuba mengelakkan mereka. Apabila diminta memberi butir dirinya, dia memberi butiran orang lain. Namun, seorang sarjan mengenalinya.



Zaini ditangkap dan dibawa ke CGH dan dipindahkan ke CDC esoknya.



Dua minggu kemudian, pada 19 Jun, dia melarikan diri lagi. Pegawai Kementerian Kesihatan dapat mengesannya hanya pada 4 Mac lalu.



Ketika mereka menahannya, Zaini membuang sesuatu ke bawah dari koridor tingkat dua. Polis kemudian menemui barang itu, iaitu salinan kad pengenalan orang lain yang tertera gambarnya.



Laporan perubatan menunjukkan Zaini masih berjangkit apabila dia melarikan diri pada 23 Mei 2014 dan pada 25 Jan tahun lepas. Dan dia mempunyai beban bakteria tinggi sebelum melarikan diri pada 19 Jun tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >