Pesakit yang ambil ubat warfarin harus lebih berwaspada semasa Ramadan

PESAKIT Muslim yang mengambil ubat warfarin semasa bulan Ramadan harus lebih berhati-hati, kata para doktor di Hospital Besar Singapura (SGH).

Para doktor SGH telah menjalankan sebuah kajian ke atas sekumpulan pesakit sebelum, semasa dan selepas Ramadan, dan mendapati puasa menyebabkan mereka lebih berkemungkinan terkeluar daripada zon ketebalan darah yang selamat.

Darah para pesakit ini juga kekal berada di luar zon yang selamat itu untuk tempoh yang lebih lama semasa bulan puasa.

Mereka yang mengambil ubat warfarin selalunya merupakan pesakit yang menghadapi keadaan seperti degupan jantung yang tidak tetap.

Ubat tersebut membolehkan darah mereka menjadi lebih cair kerana jika darah pesakit itu tebal, darah mereka berkemungkinan boleh menjadi beku

Namun darah yang terlalu cair pula boleh menyebabkan pendarahan dalaman hingga boleh membawa maut.

Pakar konsultan kanan dari jabatan hematologi SGH, Dr Ng Hong Joo, berkata para doktor kini lebih berhati-hati kepada keperluan pesakit yang berpuasa dan telah menurunkan dos warfarin jika perlu.

Para pesakit ini juga lebih kerap dipanggil untuk pemeriksaan dan diajar bagaimana untuk mengesan tanda-tanda pendarahan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.