Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesara koma lepas jatuh dari eskalator MRT Bishan

Nov 16, 2016 | 07:54 AM



SEORANG pesara berusia 64 tahun koma selepas terjatuh ke bawah eskalator di stesen MRT Bishan Sabtu lalu (12 Nov).



Encik Lim Chwee Leong berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng, dan anak beliau bimbang mengenai peluangnya untuk pulih.



Encik Lim Ka Hock, 46 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times pada petang Selasa (15 Nov) bapanya, yang mempunyai kencing manis dan tekanan darah tinggi, menjalani pembedahan selepas kemalangan itu untuk membuang darah beku di otaknya.



"Luka mengambil masa lama untuk sembuh kerana keadaan kesihatannya," kata Encik Ka Hock, seorang kontraktor bebas.



Doktor memberitahu beliau b keadaan bapanya kini stabil.



SMRT berkata ia sedang menyiasat kemalangan itu, dan memberi bantuan sebaik mungkin.



Encik Lim berada dekat Pintu Keluar D apabila kejadian itu berlaku pada kira-kira 11.30 pagi. Polis dimaklumkan tidak lama selepas itu, dan mendapati beliau cedera.



Pesara itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital, dan tidak diketahui apakah terdapat saksi.



Beliau, yang bekerja sendiri sebelum bersara, tinggal di Bishan bersama tiga anaknya dan jarang menggunakan pengangkutan awam, kata anaknya.



"Saya hanya ingin tahu bagaimana kejadian ini berlaku, agar dapat dicegah daripada berulang," kata Encik Ka Hock, yang tidak berhasrat mendapatkan pampasan.



Pada Ogos, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT mengumumkan rancangan mengurangkan kelajuan eskalator di stesen kereta api, menyusuli saranan, untuk menjadikannya lebih selamat bagi warga emas.



Kerja bermula pada Ogos untuk mengubah suai 233 eskalator di 42 daripada 54 stesen di sepanjang laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat. Ia dijangka siap menjelang 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >