Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesawat Scoot dan Emirates terlibat dalam perlanggaran kecil di Changi

Mar 30, 2017 | 02:02 PM



SEBUAH pesawat syarikat penerbangan Scoot dan sebuah pesawat Emirates telah terlibat dalam satu perlanggaran kecil di Lapangan Terbang Changi dinihari tadi (30 Mac).



Seorang jurucakap Scoot berkata penerbangan TZ188 menuju ke Tianjin, China, sedang bergerak sebelum berlepas apabila kemalangan tersebut berlaku pada 1.40 pagi, lapor akhbar The Straits Times.



Kesemua 303 penumpang dan 11 krew selamat dan mereka telah dipindahkan ke pesawat ganti bagi penerbangan yang dijadualkan berlepas sekitar 6 pagi.



Jurucakap itu berkata, sayap kiri pesawat Scoot itu telah bertembung dengan pesawat Emirates.



Pesawat tersebut kini sedang menjalani kerja-kerja pembaikan.



"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang relevan untuk menyiasat punca insiden," kata beliau.



Sementara itu, pesawat Emirates Airbus 380, penerbangan EK405, pula sedang menuju ke Dubai semasa kejadian tersebut berlaku.



Jurucakap Changi Airport Group berkata penumpang pesawat Emirates itu telah dipindahkan ke penerbangan Emirates yang lain untuk dijadualkan berlepas kemudian pada hari yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >