Pesawat SIA terbakar semasa pendaratan cemas di Singapura

SEBUAH pesawat Singapore Airlines (SIA) terbakar semasa membuat pendaratan cemas di Singapura pada awal pagi Isnin (27 Jun).

Penerbangan SQ368 itu berlepas dari Lapangan Terbang Changi menuju Milan, Italy pada 2.05 pagi. Kira-kira dua jam dalam penerbangan, juruterbang mengumumkan terdapat masalah enjin dan penerbangan itu akan patah balik ke Singapura.

Menurut Cik Mamta Jain, yang suaminya berada dalam penerbangan itu, engin pesawat tersebut "meletup dan sayap kanannya berbakar" ketika ia mendarat, lapor Channel News Asia (CNA).

"Juruterbang mengumumkan semasa penerbangan ada masalah pada salah satu enjin dan mereka akan patah balik. Apabila mereka mendarat, dia berkata enjin itu terbakar, dia dapat melihat api. Mereka semua berada di dalam pesawat dan mereka dapat lihat sayap kanan terbakar," katanya.

Pesawat itu mendarat di Singapura pada kira-kira 7 pagi dan api dapat dipadamkan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.