Pesawat SilkAir buat pendaratan cemas di Haikou ekoran taufan

PESAWAT SilkAir terpaksa melakukan pendaratan cemas di Haikou pagi tadi, Selasa, ekoran taufan yang melanda selatan pulau Hainan.

Pesawat MI8334, yang meninggalkan Singapura sekitar 7 pagi itu, dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix International sekitar 10 pagi.

Namun keadaan angin kencang memaksa juruterbang membatalkan percubaan untuk mendarat.

Ia kemudian mengelilingi lapangan terbang tersebut selama sejam sebelum membuat keputusan untuk mengubah haluan menuju ke Haikou untuk mengisi minyak.

Pesawat jenis Boeing B737-800 itu, yang membawa kebanyakan penumpang warga Singapura, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan sekitar 11 pagi tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.